Thursday, October 20, 2011

These Days In Finland.. Berita buat Keluarga, Saudara Mara dan Sahabat Handai ..

Assalammualaikum ... Alhamdulillah .. hari ini genap 11 hari aku, ezral n eryssa berada di bumi Finland ...

8 - 14 Oktober 2011, Espoo Finland
Masih terbayang di ingatan .. saat mak-mak, abah-abah, adik beradik, saudara mara dan sahabat handai melambaikan tangan kepada kami selepas kawalan keselamatan balai pelepasan antarabangsa KLIA.. berat sungguh kaki yang melangkah .. luruh segala-galanya .. berjuraian air mata dan payah untuk membalas lambaian atau menoleh utk kembali melihat wajah-wajah insan tersayang yang pastinya tidak dapat kita tatap dalam masa yang terdekat .. Eryssa yang pada saat itu turut melambaikan tangan dan flying kiss pada tok-tok n opah-opahnya .. walaupun aku rasa seandainya dia mengerti .. sudah pasti dia turut akan menangis dan tidak rela untuk berpisah .. namun.. demi kejayaan .. inilah pengorbanan yang perlu kami lakukan demi keluarga, bangsa, agama dan negara ..

Perjalanan berjalan lancar walaupun sedikit kekalutan berlaku di Airport Amsterdam untuk mengejar waktu connecting flight ke Helsinki akibat kelewatan flight selama sejam daripada Kuala Lumpur... namun begitu syukur ... ngam ngam sahaja bila kami sampai ke gate flight KLM , kedengaran panggilan pertama penumpang utk yg membawa kanak2 n hot seat (kami ler tu.. tumpang tuah eryssa ..hehhehe ..) .. so 2 jam 45 min selepas tu sampailah kami ke airport Vantaa, Helsinki di sambut oleh sahabat2 pelajar Malaysia aka staf UniMAP di Finland Azremi, Rafi n Abang Kama (sahabat baru staf UTM ...) .. 2 Wagon telah sedia menanti untuk membawa kami sekeluarga ke tempat transit persinggahan iaitu rumah sahabat baik kami Azremi dan Puya .. sepanjang perjalanan ke Espoo .. terharu ku rasakan dalam hati kerana agaknya .. tanpa sahabat2 di sini .. sudah pasti kami terpaksa mencari alternatif lain sebelum sampai ke tempat yang ingin kami tujui iaitu Bandar Lappeenranta yang lebih 250km jauhnya ke utara Finland ... mungkin terpaksa bermalam di tempat lain agaknya jika tiada kenalan di sini .. hati aku bertambah-tambah terharu atas alu-aluan dan layanan mesra tuan rumah sekeluarga .. apatah lagi juadah nasi ayam yang sudah tersedia untuk dinikmati .. Ya Allah .. syukur ku rasakan ... Eryssa juga amat gembira apabila berjumpa rakan2, amir n anis .... adalah juga kawan untuk eryssa bermain .. memandangkan eryssa miss sangat2 taska n kawan2 nyer di perlis .. pada sebelah petangnya kami dikunjungi pula oleh rakan UniMAP yang lain Faizah dan Muzamir sekeluarga .. Meriahnya rasa .. macam masih di Malaysia ...

Hari berikutnya Ezral, Azremi dan Rafi memulakan misi untuk meninjau keadaan rumah dan membeli kelengkapan rumah sebagai persediaan kehidupan di sina. Ezral juga sempat mengambil peluang untuk berjumpa dengan supervisornya Professor Aki Mikkola yang dikatakan Muda, Handsome, Energitic dan Peramah ... mujurlah Puya cekap dan arif di mana siap membekalkan mereka makanan sepanjang di Lappeenranta ... 2 Hari di Lappeenranta, mereka kembali ke Espoo dan kami terus membuat persiapan lain yang perlu.

Setelah beberapa hari di rumah di rumah Puya n Jimmi .. sudah kurasakan sayunya apabila hanya tinggal 3 beranak saja nanti .. sunyi juga rupanyer apabila Jimmi n Puya ke school manakala Anis n Amir ke Nursery ... aku mula berjinak-jinak dengan laman blog Movie Melayu yang Puya introduce pada aku ... melalui galaxy tab aku ni , aku dapat mengikuti kesemua rancangan drama yang sering aku ikuti di Malaysia seperti Suffiya, Cinta Elyssa, SuperMak dsb .. tp aku rasa ada perubahan yang besar buat buah hati ku Eryssa .. macam she's missing something ... makan pun tak berapa nak lalu ... maybe environment berubah untuk dia ..

Perancangan demi perancangan oleh si suami, Ezral dan sahabatnya Azremi serta bantuan rakan2 yang lain telah dilakukan bagi memudahkan penghijrahan kami ni ... daripada bab perkakasan rumah .. hinggalah ke bekalan makanan halal seperti daging lembu dan ayam memandangkan tiada kedai yang menjual stok daging halal di Lappeenranta ... Puya juga turut memberikan bantuan daripada segi isi rumah yang perlu dipersiapkan bagi memulakan kehidupan di perantauan ini ... bila ku kenang kembali .. kecut perut dibuatnya apabila mengenangkan barang-barang yang telah dibeli untuk dipindahkan ke rumah baru .. entah muat kereta atau tidak ... Allah sahaja yang tahu ... tp syukur sungguh kurasakan apabila mendapat tahu ramai lagi pelajar dan staf di Finland ini yang akan turut serta ... so bolehlah kami tumpangkan barangan ke kereta yang kosong .. Alhamdulillah ... akhirnya Wagon baru Muzamir, Wagon Abang Kama n Kak Yani serta apa lagi kereta Jimi n Puya lah tempatnya ...


15 - 16 Oktober 2011
Hari yang penuh debaran ini menjelma tiba ... sayu je rasa hati apabila meninggalkan bilik transit kami (bilik amir n anis) dan apartment mewah Jimi n Puya .. chewaahh .. kami bertolak jam 1 petang .. meeting point di salah sebuah patrol station di sini .. 5 buah kereta berkonvoi .. (Famili Jimi n Ezral, Famili Muzamir,Famili Kama, Famili Rafi n Famili Zaki Embassy Malaysia di Finland) .. best nyer konvoi ni ... masa ni lah aku berkenalan dengan famili masing-masing ..segan pun ada .. malu pun ada .. maklumlah kenalan baru ..

Alhamdulillah ... perjalanan mengambil masa hampir 4 jam lebih.. almaklumlah konvoi ni tak ler laju sgt n sempat berhenti utk coffee, toilet n solat... kami terus ke Hotel Scandic di mana tempat kami bermalam .. selepas urusan check in selesai .. kami meneruskan perjalanan ke LOAS Apartment Katajakatu 8, tempat aku sekeluarga menetap nanti ... Ya Allah ... pada ketika itu debaran memang amat terasa ... almaklumlah .. pelbagai perasaan bercampur baur ...

Jeng jeng jeng ... apabila sampai ... tenang je aku rasa kawasan perumahan ni ... sunyi sungguh ... cuma terasa tiupan angin dan hawa sejuk ... sejukkkk bangeeettt ... lebih sejuk daripada Espoo .. rumah kami di tingkat 3 .. tp aku suka tangga apartment ni ... tak terasa penat langsung .. walaupun mendaki ke tingkat 3 rumah .. kejab je dah sampai .. hehehe... bila masuk rumah .. ku mulakan dengan Nama Allah ... Alhamdulillah ... memang aku dah dapat gambaran daripada visual2 yang Ezral buat ...tp bila tgk da real live picture ... baru aku rasa happy n satisfied .. tak lah besar .. but just nice for the three of us .. masa aku sampai .. perabut rumah tak sampai lg koz keesokan harinya barulah perabot sampai .. then geng2 suami terus ke kedai barangan Elektirk GIGANTI untuk ambil Washing Machine yang telah ditempah n kami isteri-isteri di rumah membuat persiapan makan malam... sekali lagi Puya memainkan peranan apabila sempat memasakkan Kari Ikan Salmon dan Sayur Udang yang sangat yummy ... Kak Yani, Ira n Faizah pun turut menyumbang Mi n Nasi Goreng buat alas perut anak-anak ... maka berkampunglah kami di apartment baru aku ni dengan meriahnyer ... best n seronok ... anak-anak masing-masing duduk bermain.. manakala kami para-para ibu bersembang sambil kenal -mengenali antara satu sama lain .. mesra sungguh kurasakan mereka ni walaupun baru bersua muka ... banyak tips2 dan pengalaman mereka di sini yang aku perolehi buat bekalan sepanjang life di sini ... tak berapa lama selepas itu .. kaum2 bapa pun kembali dengan Washing Machine yang di beli .. n Rafi n Kak Miza kembali dengan membawa bekalan makanan Kebab pula ... Alhamdulillah ... banyak rezeki makanan kami malam itu ... terima kasih lah kepada semua yang tak terhingga membantu ... To Be Continued ... (sorry guys , nanti aku sambung semula .. nak tengok My Eryssa yang sedang nyenyak tidur di bilik...)



No comments:

Post a Comment