Saturday, October 29, 2011

Prinsip Bersabar Orang Cina...

Diadaptasi daripada satu laman blog :



Prinsip #1 – Berpandangan Jauh
Ini dapat meningkatkan daya motivasi untuk bekerja keras dan menerapkan nilai-nilai murni.


Prinsip #2 – Semangat Juang Yang Tinggi
Kita akan menghadapi pelbagai jenis risiko. Dengan mempunyai semangat juang yang tinggi, ia dapat membantu diri kita untuk terus bertahan.

Prinsip #3 – Sedar Bahawa Masa Itu Emas
Masa itu adalah emas, dan emas itu jauh lebih bernilai jika dibandingkan dengan wang ringgit. Sentiasa peka dengan peluang sekeliling, serta mengambil peluang tersebut dengan pantas. Kerana masa tidak akan sesekali menunggu kita.

Prinsip #4 – Sentiasa Percaya Pada Diri
Kepercayaan terhadap diri sendiri merupakan sifat paling penting dalam diri. Diri sendiri adalah penentu, sama ada berjaya atau sebaliknya. Kita mesti tdak berputus asa dan sekiranya ditimpa musibah, segera mencari jalan untuk memperbaikinya dengan segera.

Prinsip #5 – Sabar, Sabar dan Sabar
Kesabaran memainkan peranan yang penting. Pelbagai cabaran akan menduga kita. Kesabaran dapat membawa kepada hasil yang manis lagi menguntungkan. Oleh itu, kita perlu sentiasa bersabar. Adalah tidak wajar, keuntungan besar, dalam jangka masa yang singkat.

Monday, October 24, 2011

Bicara Indah Daripada Seorang Sahabat Kepada Sahabat-sahabatnya ...



Sahabat
Walaupun asal kita berbeza
Namun hati kita seolah sama
Walau nama kita berbeza
Namun cinta kita seakan serupa

Sahabat
Tidak terlintas persahabatan ini akan terjalin
Kerana perbezaan yang kita sendiri pasti
Namun, Allah itu Maha Kaya
Menemukan kita di satu titik persamaan
Menyatukan kita dalam kasih sahabat sejati

Sahabat
Detik manis telah kita lalui bersama
Gelak tawa menghiasi diari harian
Bersyukur aku dipertemukan kita
Walau kadang terguris bicara
Namun ikatan utuh jua
Sahabat
Esok pasti datang
Andai DIA berkehendakkan
Doaku..esok yang hadir
Membawa riuh dalam jalinan persahabatan kita
Membawa meriah dalam tawa
Membawa senyum dalam tangis
  
 Terima kasih kerana aku memiliki
Kakak walau bukan sedarah
K.Has, K.Sya, Julie,K. Aziana, K.Ku A,
Terima kasih kerana diberikan adik
Walau hakikatnya sekandung tiada
Is, Dinie, Ila

Terima kasih
Sahabat..

11:02 pm
24 Oktober 2011

~ Adapted from Sahabat Yang Akan Sentiasa Ku Ingati Selalu Saudari Mahyun

It's not a good start ...


Assalammualaikum ...

I feel so bad today ... How careless I am for losing my bracelet ... i love it so much as it is a gift from my beloved hubby for our anniversary last year ... i never put it off from my hand .. n just now i realized that it is gone ... ??? ... Ya Allah Ya Karim ... careless nyer aku ... mesti tercicir somewhere ... i cries but maybe it is not mine now ... Bukan rezeki aku nampaknyer ... i hv to face this reality ...warghhhhh....

Today is Monday - Maanantai


Assalammualaikum ... today is monday .. the working day ... as for my second monday, it's still the same day like the other days because i m just working at home ... heheheh ...as a housewife ... everyday is always da same ... hahha .. wake up in da morning ... preparing some breakfast .. cleaning .. cooking ... washing ... n playing wit eryssa ... cleaning again .. facebooking ... blogging .. browsing .... watching tv or streaming movies etc .. hahahaha ... but actually i'm enjoying myself for what am i doing now ... a bit boring but ... it's still working right ?.. but not really working that i'll get pay monthly.. heheh.. but i have something to do what ..??? :p

Saturday, October 22, 2011

MyBrain MSc : Step 1 - Sitting For IELTS Test


Assalammualaikum ... Alhamdulillah i've just emailed my IELTS test application forms to Finnish-British Society in Helsinki for off-site test at LUT. I hope everything will goes fine and the test is on 10th December 2011 started at 10.00 am ... The fee is 180 Euro and i hope I'll worth it much by getting the best result as i can.. better than band 6 is great! (passing with Band 6 is the minimal requirement for LUT Admission). I hope to received confirmation email from the organizer for the test soon ...


Our First Book About Finland ...


Assalammualaikum... Today I would like to show u guys a book that we bought for Eryssa which is so useful n hv lot of information about Finland .. The Name of the book is "THIS IS FINLAND" .. by Aino Havukainen and Sami Toivonen, seventh Edition.. Actually this is an illustration book of Finland which is so attractive for the children ... (actually for me too ...ahakzz ...) .. they described Finland from the beginning of the age , what are Finland, Finland's epic, the cultures, the Recipes and many more ... and we think this book is very good for us (for adults what i mean..) to know more information about Finland and Finns in a very interesting way... heheheh ... It cost 24.95 Euro .. but I think I worth it much ... hahahahah... So for the new comers of Finland.. Try this book! ..



Friday, October 21, 2011

These Days In Finland Part 2 ..


6.45 am

Assalammualaikum alls ... sorry .. baru bangun daripada tidur ... nyenyak sungguh malam tadi kami anak beranak ... heheheheh ...

Hari ini aku nak sambung cerita pasal apartment yang kami duduk ni ... kat sini jika pelajar nak cari rumah untuk disewakan ada satu agent yang akan manage apartment2 pelajar kat sini .. if di Lappeenranta, LOAS n if di Helsinki itself HOAS .. ada satu lg company rasanya yang manage accommodation students ni tapi aku tak pasti apa nama company tu ... so daripada Malaysia lagi kami dah buat permohonan secara online jenis rumah yang kami nak .. cuma pilih range harga rumah, bilangan bilik, and hantar application ... mudah kan! ..

Apartment 1 bilik kami ni just nice ... ala2 studio type if di Malaysia ... living hall n dining room dia agak besar juga ... muat utk tetamu-tetamu yang nak berkumpul .. fridge besar untuk ruang beku n biasa, dapur elektrik n kabinet .. so tak perlu nak fikir pasal kabinet dapur n kabinet bilik dah ... my hubby just spent about 200E saja untuk used furniture mcm sofa, meja makan set, 1 katil single n 1 double, tv n meja tv .. murah kan .. Alhamdulillah .. n area kawasan rumah aku ni dekat dengan nursery, playgorund budak-budak untuk eryssa main pun dekat, mini market (valintatalo) .., bus stop ( dalam 10 min walking distance), nak ke city 2 km lebih n ke university dalam 3 km lebih .. Alhamdulillah .. dah cukup selesa rasanya environment kat sini ... tp jiran-jiran kat sini tak lah seramah jiran di Malaysia ... tp ada jugaklah antara depa ni yang nak balas bila aku senyum kat depa .. heheheheh ok lah tu .. banyak student juga area nih .. tp asian rasanya masih tak ramai ... cuma ada juga terserempak dengan beberapa pelajar macam china n pakistan kot .. tp tak sempat nak tegur sapa ...

Makanan halal di sini .. agak susah .. Asian Market pun takde lagi .. ada juga kami identify beberapa kedai kebab yang halal dekat area university n town .. so if nak cari daging atau ayam halal maybe ke Kouvula atau Lahti atau pun Helsinki itself ... huhuhuhu ... takde ke business man yang nak bukak Asian Market kat sini ek ... kalau ada .. wahhh.. syukurrr ... so kami aritu dah bawak banyak stok makanan ke sini .. maybe 2 bulan tahan kot .. kene ikat2 n bajet2 sket ler .. maybe next time kami akan turun lagi ke Helsinki n beli stok makanan utk bekalan kat sini ... itulah pengorbanan yang manis rasanya ...

2.13 pm
Alhamdulillah ... pagi tadi kami sempat berborak dengan orang Malaysia kat sini Vina Ong yang dah 11 tahun bermastautin di Lappeenranta .. dan Kak Roz, a Malay Singaporean yang kembali menetap di sini ... best sangat rasanya ... sekiranya 2-3 hari yang lepas aku rasa sunyi n rasa nak balik Malaysia .. tapi bila jumpa kawan2 baru yang peramah dan friendly ni .. terhibur rasanya ... pelbagai cerita dan experience diorang kat sini ... mereka berkahwin dan suami adalah orang Fins ... hebat kan ... macam kak roz herself dah ada 3 orang anak n vina 2 orang anak... comel-comel belaka ... kami sempat juga berkenalan dengan suami kak roz, Yuka yang peramah ... banyak yang aku belajar tentang kehidupan di sini melalui mereka ... harap persahabatan yang baru terjalin ini terus berkekalan dan menyeronokkan hendaknya ... Eryssa pun dah kenal Hanna anak vina yg kedua dan bermain bersama ... Eryssa nampak happy sangat ... syukur Allah ..

Thursday, October 20, 2011

These Days In Finland.. Berita buat Keluarga, Saudara Mara dan Sahabat Handai ..

Assalammualaikum ... Alhamdulillah .. hari ini genap 11 hari aku, ezral n eryssa berada di bumi Finland ...

8 - 14 Oktober 2011, Espoo Finland
Masih terbayang di ingatan .. saat mak-mak, abah-abah, adik beradik, saudara mara dan sahabat handai melambaikan tangan kepada kami selepas kawalan keselamatan balai pelepasan antarabangsa KLIA.. berat sungguh kaki yang melangkah .. luruh segala-galanya .. berjuraian air mata dan payah untuk membalas lambaian atau menoleh utk kembali melihat wajah-wajah insan tersayang yang pastinya tidak dapat kita tatap dalam masa yang terdekat .. Eryssa yang pada saat itu turut melambaikan tangan dan flying kiss pada tok-tok n opah-opahnya .. walaupun aku rasa seandainya dia mengerti .. sudah pasti dia turut akan menangis dan tidak rela untuk berpisah .. namun.. demi kejayaan .. inilah pengorbanan yang perlu kami lakukan demi keluarga, bangsa, agama dan negara ..

Perjalanan berjalan lancar walaupun sedikit kekalutan berlaku di Airport Amsterdam untuk mengejar waktu connecting flight ke Helsinki akibat kelewatan flight selama sejam daripada Kuala Lumpur... namun begitu syukur ... ngam ngam sahaja bila kami sampai ke gate flight KLM , kedengaran panggilan pertama penumpang utk yg membawa kanak2 n hot seat (kami ler tu.. tumpang tuah eryssa ..hehhehe ..) .. so 2 jam 45 min selepas tu sampailah kami ke airport Vantaa, Helsinki di sambut oleh sahabat2 pelajar Malaysia aka staf UniMAP di Finland Azremi, Rafi n Abang Kama (sahabat baru staf UTM ...) .. 2 Wagon telah sedia menanti untuk membawa kami sekeluarga ke tempat transit persinggahan iaitu rumah sahabat baik kami Azremi dan Puya .. sepanjang perjalanan ke Espoo .. terharu ku rasakan dalam hati kerana agaknya .. tanpa sahabat2 di sini .. sudah pasti kami terpaksa mencari alternatif lain sebelum sampai ke tempat yang ingin kami tujui iaitu Bandar Lappeenranta yang lebih 250km jauhnya ke utara Finland ... mungkin terpaksa bermalam di tempat lain agaknya jika tiada kenalan di sini .. hati aku bertambah-tambah terharu atas alu-aluan dan layanan mesra tuan rumah sekeluarga .. apatah lagi juadah nasi ayam yang sudah tersedia untuk dinikmati .. Ya Allah .. syukur ku rasakan ... Eryssa juga amat gembira apabila berjumpa rakan2, amir n anis .... adalah juga kawan untuk eryssa bermain .. memandangkan eryssa miss sangat2 taska n kawan2 nyer di perlis .. pada sebelah petangnya kami dikunjungi pula oleh rakan UniMAP yang lain Faizah dan Muzamir sekeluarga .. Meriahnya rasa .. macam masih di Malaysia ...

Hari berikutnya Ezral, Azremi dan Rafi memulakan misi untuk meninjau keadaan rumah dan membeli kelengkapan rumah sebagai persediaan kehidupan di sina. Ezral juga sempat mengambil peluang untuk berjumpa dengan supervisornya Professor Aki Mikkola yang dikatakan Muda, Handsome, Energitic dan Peramah ... mujurlah Puya cekap dan arif di mana siap membekalkan mereka makanan sepanjang di Lappeenranta ... 2 Hari di Lappeenranta, mereka kembali ke Espoo dan kami terus membuat persiapan lain yang perlu.

Setelah beberapa hari di rumah di rumah Puya n Jimmi .. sudah kurasakan sayunya apabila hanya tinggal 3 beranak saja nanti .. sunyi juga rupanyer apabila Jimmi n Puya ke school manakala Anis n Amir ke Nursery ... aku mula berjinak-jinak dengan laman blog Movie Melayu yang Puya introduce pada aku ... melalui galaxy tab aku ni , aku dapat mengikuti kesemua rancangan drama yang sering aku ikuti di Malaysia seperti Suffiya, Cinta Elyssa, SuperMak dsb .. tp aku rasa ada perubahan yang besar buat buah hati ku Eryssa .. macam she's missing something ... makan pun tak berapa nak lalu ... maybe environment berubah untuk dia ..

Perancangan demi perancangan oleh si suami, Ezral dan sahabatnya Azremi serta bantuan rakan2 yang lain telah dilakukan bagi memudahkan penghijrahan kami ni ... daripada bab perkakasan rumah .. hinggalah ke bekalan makanan halal seperti daging lembu dan ayam memandangkan tiada kedai yang menjual stok daging halal di Lappeenranta ... Puya juga turut memberikan bantuan daripada segi isi rumah yang perlu dipersiapkan bagi memulakan kehidupan di perantauan ini ... bila ku kenang kembali .. kecut perut dibuatnya apabila mengenangkan barang-barang yang telah dibeli untuk dipindahkan ke rumah baru .. entah muat kereta atau tidak ... Allah sahaja yang tahu ... tp syukur sungguh kurasakan apabila mendapat tahu ramai lagi pelajar dan staf di Finland ini yang akan turut serta ... so bolehlah kami tumpangkan barangan ke kereta yang kosong .. Alhamdulillah ... akhirnya Wagon baru Muzamir, Wagon Abang Kama n Kak Yani serta apa lagi kereta Jimi n Puya lah tempatnya ...


15 - 16 Oktober 2011
Hari yang penuh debaran ini menjelma tiba ... sayu je rasa hati apabila meninggalkan bilik transit kami (bilik amir n anis) dan apartment mewah Jimi n Puya .. chewaahh .. kami bertolak jam 1 petang .. meeting point di salah sebuah patrol station di sini .. 5 buah kereta berkonvoi .. (Famili Jimi n Ezral, Famili Muzamir,Famili Kama, Famili Rafi n Famili Zaki Embassy Malaysia di Finland) .. best nyer konvoi ni ... masa ni lah aku berkenalan dengan famili masing-masing ..segan pun ada .. malu pun ada .. maklumlah kenalan baru ..

Alhamdulillah ... perjalanan mengambil masa hampir 4 jam lebih.. almaklumlah konvoi ni tak ler laju sgt n sempat berhenti utk coffee, toilet n solat... kami terus ke Hotel Scandic di mana tempat kami bermalam .. selepas urusan check in selesai .. kami meneruskan perjalanan ke LOAS Apartment Katajakatu 8, tempat aku sekeluarga menetap nanti ... Ya Allah ... pada ketika itu debaran memang amat terasa ... almaklumlah .. pelbagai perasaan bercampur baur ...

Jeng jeng jeng ... apabila sampai ... tenang je aku rasa kawasan perumahan ni ... sunyi sungguh ... cuma terasa tiupan angin dan hawa sejuk ... sejukkkk bangeeettt ... lebih sejuk daripada Espoo .. rumah kami di tingkat 3 .. tp aku suka tangga apartment ni ... tak terasa penat langsung .. walaupun mendaki ke tingkat 3 rumah .. kejab je dah sampai .. hehehe... bila masuk rumah .. ku mulakan dengan Nama Allah ... Alhamdulillah ... memang aku dah dapat gambaran daripada visual2 yang Ezral buat ...tp bila tgk da real live picture ... baru aku rasa happy n satisfied .. tak lah besar .. but just nice for the three of us .. masa aku sampai .. perabut rumah tak sampai lg koz keesokan harinya barulah perabot sampai .. then geng2 suami terus ke kedai barangan Elektirk GIGANTI untuk ambil Washing Machine yang telah ditempah n kami isteri-isteri di rumah membuat persiapan makan malam... sekali lagi Puya memainkan peranan apabila sempat memasakkan Kari Ikan Salmon dan Sayur Udang yang sangat yummy ... Kak Yani, Ira n Faizah pun turut menyumbang Mi n Nasi Goreng buat alas perut anak-anak ... maka berkampunglah kami di apartment baru aku ni dengan meriahnyer ... best n seronok ... anak-anak masing-masing duduk bermain.. manakala kami para-para ibu bersembang sambil kenal -mengenali antara satu sama lain .. mesra sungguh kurasakan mereka ni walaupun baru bersua muka ... banyak tips2 dan pengalaman mereka di sini yang aku perolehi buat bekalan sepanjang life di sini ... tak berapa lama selepas itu .. kaum2 bapa pun kembali dengan Washing Machine yang di beli .. n Rafi n Kak Miza kembali dengan membawa bekalan makanan Kebab pula ... Alhamdulillah ... banyak rezeki makanan kami malam itu ... terima kasih lah kepada semua yang tak terhingga membantu ... To Be Continued ... (sorry guys , nanti aku sambung semula .. nak tengok My Eryssa yang sedang nyenyak tidur di bilik...)